cari-cari aku disini

Wednesday, August 4, 2010

aku nak komen pasal bola sepak Malaysia..

Baru-baru ni, 2-3 hari lepas la, FAM buat pemilihan pucuk pimpinan baru. kire macam rombakan kabinet FAM la ni. ade gak muke-muke baru, muke-muke lame pun ade lagi, mungkin tak cukup berbakti lagi kot dorang rase..tu yang berkhidmat lagi.

Tapi tu bukan ape yang aku komen kan..yang aku gatal nak komen kan tu ialah sepuluh juta kali pun rombakan dibuat, aku tak nampak ianya membawa kebaikan untuk bola sepak negara kite. aku tengok lebih banyak orang yang bukan pakar bola dari orang yang benar-benar otai dalam bidang ni. pada aku la, baik dilantik mereka-mereka yang memang pakar, taochu, sifu, otai, grandmaster, legend dalam perihal bola sepak ni dalam FAM...baru akan ade perkembangan positif dalam pembangunan sukan ni. ni tak masing-masing yang berebut jawatan belum tentang pandai main bola, ntah-ntah tendang bola pun tonjol...pilih lah legenda bola sepak tempatan kite yang masih hidup tu sebagai pucuk pimpinan, mungkin mereka ni lebih rapat dgn bola berbanding dorang-dorang ni yg cume tau pakai kot jek lebih....

kamon la...bola sepak skrg ni dah jadi satu industri pada negara-negara membangun yang lain. pegi la belajar dgn England, Sepanyol, Korea Selatan, Jepun atau Afrila selatan cara mereka mentadbir organisasi bola sepak mereka sampai mereka dapat melahirkan pemain-pemain yg bagus dan berkualiti. ni baru ade sorg pemain yg main utk team luar negara  dah bangga, baru sorg tu..bukan satu pasukan...buat lah pembangunan sukan yg lebih efektif kalau dirasekan modul yg ade skrg ni dah ketinggalan...itu pun nak suruh rakyat fikir ke?

hantar 11 atau 22 pemain remaja kite bawah 14tahun timba ilmu kat kelab-kelab rantau asia lain, tak payah sampai eropah, cukup dapat bermain kat negara-negara asia ni pun dah baik dah...pecah-pecahkan mereka, sebahagian berlatih di Jepun, sebahagian lagi berlatih di Australia, Korea, Arab Saudi, dan lain-lain....tak lama pun takpe, dapat 6-12 bulan pun jadi la..pastu jaga baik2 skuad ni, beri latihan berterusan, buat team baru, hantar main liga negara asia yang lain, ni hantar ke slovakia, bukan main jauh, tapi hasil ciput.....adoiyai...

pastu hantar pulak pegawai dan jurulatih muda timba ilmu pengurusan kat eropah, amik kursus jadi jurulatih yg betul, bukan setakat belajar dlm negara jek, pegi la timba pengalaman kat luar sana...pastu balik curah ilmu tu pada skuad tadi, insyaAllah akan berjaya. bukannye asyik bermesyuarat, pecat sana sini, salahkan media, salahkan penyokong tak bagi sokongan...salahkan FAM la sebab gagal bentuk pentadbiran yg mantap, sebab skuad bola sepak jadi haprak....liga tempatan kene diperkemaskan lagi, jenamakan semua, tarik syarikat-syarikat besar bagi tajaan, jadikan macam liga-liga lain, baru penyokong ade feel nak datang stadium, ni tak, siaran BPL, LA LIGA lagi bnyk ditayang berbanding liga tempatan..ape nak jadi?..pikirkan la woi...jgn mimpila Malaysia masuk PIALA DUNIA kalau masih lagi macam ni...tunggu jek la PM melobi negara kite anjur PIALA DUNIA baru Malaysia dpt main...tu pun masuk free....kalah awal tu macam dah pasti..huhu

No comments:

Post a Comment